F Tengku Nadira Adnan bangga dapat nyanyikan lagu Ahmad-Dhani | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tengku Nadira Adnan bangga dapat nyanyikan lagu Ahmad-Dhani

Minggu lalu seramai tujuh anggota rombongan media dari Kuala Lumpur telah diterbangkan ke Jakarta bagi berbuka puasa bersama bintang baru dalam industri seni suara, iaitu Tengku Nadira Munawarah Tengku Adnan, 18, atau lebih mesra dengan panggilan Nadira Adnan.  Dia kini menetap di Jakarta kerana melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran.

“Pada bulan Ramadan, setiap Sabtu saya akan cuba untuk berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dari pelbagai rumah.  Selepas berbuka, kami akan solat tarawih bersama-sama.  Rasa seronok sebab dapat merasai suasana Ramadan di tempat orang,” katanya yang turut ditemani oleh abangnya di negara tersebut.

Selain itu, Nadira juga nampaknya berkawan baik dengan anak Ahmad Dhani iaitu Al-Ghazali yang turut hadir.

Berkongsi mengenai kariernya yang baru saja bermula sejak menamatkan alam persekolahan, Nadira berharap agar pendengar dan peminatnya sama ada di Indonesia ataupun Malaysia, dapat menerima lagunya dengan baik.

“Saya mendapat peluang ini apabila teman rapat ibu saya Thata Joyce Sigar yang cukup dikenali di dalam bidang muzik di Indonesia telah meminta saya untuk merakamkan lagu. Dia kemudiannya menjadi penerbit muzik saya.

“Isi Hati ialah judul album pertama saya dan saya sangat berbesar hati apabila Ahmad Dhani turut menyumbangkan sebuah lagu. Di dalam album pertama ini terdapat dua lagu duet bersama-sama Al-Ghazali Cinta Datang Dan Pergi dan Love Will Find A Way duet bersama Glenn Fadly. Oleh itu, saya berharap agar lagu saya dapat diterima oleh semua pendengar,” tuturnya petah berbicara.

Bercerita mengenai pengajiannya pula,  Nadira menyedari bahawa nyanyian bukanlah bidang yang mudah untuk diceburi.  Ramai yang berbakat besar dan persaingannya sangat hebat.   Oleh itu, selain bergelar penyanyi, Nadira juga mahu bergelar doktor.
Powered by Blogger.