F Taylor Swift Sudah Bawa Tom Hiddleston Jumpa Keluarga | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Taylor Swift Sudah Bawa Tom Hiddleston Jumpa Keluarga

Semakin serius menjalinkan hubungan, penyanyi Taylor Swift sudah memperkenalkan Tom Hiddleston kepada kedua ibu bapanya dan mereka makan tengahari bersama.

Memetik laporan E! online, Taylor turut mempertemukan Tom dengan sahabat baiknya, Holly Williams dan suami. Kemudian mereka menghabiskan masa dan berbual di sebuah restoran milkk penyanyi Adele.

"Mereka terlihat menikmati makan malam. Mereka menghabiskan masa di restoran itu selama tiga jam. Taylor dan Tom dilihat cukup mesra di depan teman-temannya. Pasangan itu juga dikatakan asyik berpengangan tangan sepanjang waktu," kata sumber.

Pada 24 Jun lalu, giliran Tom pula memperkenalkan Taylor pada ibunya, Diane Hiddleston.

Ketiganya mereka dikatakan sangat mesra dan mengahbiskan masa bersiar-siar di Suffolk. Taylor, Tom dan si ibu juga menghabiskan waktu bersama seharian di pantai Aldeburgh.

Sebelum ini, ,emamg menjadi kebiasaan pelantun lagu hits 'Style' ini memperkenalkan mantan-mantan kekasihnya seperti Harry Styles dan Calvin Harris kepada kedua orang tuanya. Manakala Tom merupakan kekasihnya yang paling cepat diperkenalkan pada keluarganya.

Sejak seminggu lalu, hubungan cinta antara pasangan selebriti ini hangat diperkatakan ekoran tersebar beberapa foto menunjukkan keintiman mereka berdua termasuklah aksi mereka bercumbu.
Powered by Blogger.