F Tasha Manshahar Teruja 'Masuk' Sekolah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tasha Manshahar Teruja 'Masuk' Sekolah

Meskipun akan memulakan karier sebagai guru pada 13 Jun ini, namun penyanyi Tasha Manshahar tidak akan meninggalkan bidang nyanyian.

Memetik laporan mStar online, pemilik nama sebenar Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 23, ini berkata, dia tidak melihat sebarang halangan untuknya meneruskan kedua-dua bidang tersebut asalkan dia mempunyai kemahuan dan bijak membahagikan masa.

"Alhamdulillah enam bulan menanti untuk ditempatkan sebagai guru akhirnya terjawab kerana saya akan memulakan tugas bermula 13 Jun ini.

"Saya tidak rancang untuk tinggalkan bidang nyanyian sebaliknya akan teruskan tambahan pula album solo pertama saya bakal dilancarkan tidak lama lagi," kata.

Penyanyi yang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta ini bakal memulakan tugasnya di sebuah sekolah rendah di Melaka dan akan mengajar subjek Bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, Tasha berkata, walaupun teruja dengan tugas baharunya itu namun dia tetap berasa bimbang kerana ini adalah kali pertama dia berjauhan dengan keluarganya.

"Alhamdulillah rumah sewa pun sudah dapat cari tetapi sedih sedikit kerana perlu berjauhan dengan keluarga.

"Saya paling lama pernah berpisah dengan mereka pun dalam 30 minit tetapi tidak mengapa ini adalah fasa baharu dalam hidup saya.

"Cuma ibu bapa saya paling terkesan untuk berjauhan dengan anak mereka ini," katanya.
Powered by Blogger.