F Tanpa Pasha, Ungu Minta Diberi Waktu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tanpa Pasha, Ungu Minta Diberi Waktu

Meskipun tanpa vokalis utama, Pasha, kumpulan terkenal Indonesia Ungu tetap meneruskan perjuangan muzik mereka. Namun mampukah band yang cukup popular dengan lagu hits Demi Waktu itu mempertahankan kedudukan dan populariti mereka dalam arena muzik.

Menurut lapoan Kapanlagi, ketika ini anggota kumpuan itu sedang berusaha keras menyempurnakan bahagian vokal. Kini, dua gitarisnya Enda dan Onci bukan setakat bermain gitar tapi juga bernyanyi.

"Kami tidak takut ditinggalkan peminat kerana itu bukan kuasa kami. Keadaan sekarang, kami berusaha. Mungkin, jangan dinilai lagi sekarang. Beri kami waktu untuk membuktikan," kata Enda.

"Pasti kami kerja lebih keras, buat kami ini cabaran besar. Kami saling menyokong antara satu sama lain. Kami sadar bahwa kami juga harus tetap menjaga kualiti kami. Mudah-mudahan hasilnya seperti yang kami bayangkan," Onci menambahkan.

Ungu yang saat ini dianggotai Enda, Onci, Makki dan Rowman baru saja merilis single baharu tanpa Pasha berjudul Tanpa Hadirmu.

Sementara itu, Pasha kini memberi fokus kepada tanggungjawab yang dipikulnya di arena politik.
Powered by Blogger.