F Takziah ibu Pak Nil meninggal dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Takziah ibu Pak Nil meninggal dunia

Kakigosip menerima kiriman Whatsapp berita sedih iaitu ibu kepada personaliti TV, Datuk Aznil Haji Nawawi telah meninggal dunia awal pagi tadi.

"Assalamualaikum.  Dengan rasa dukacita saya ingin maklumkan bonda saya, Hajah Norbaiti Bt Hj Surur telah kembali ke Rahmatullah dalam pukul 12.56 pagi 27 Jun 2016 bersamaaan 22 Ramadan 1437.  Harap dapat sama-sama doakan kesejahteraan ibu saya di sana.  AlFatihah," tulis Aznil.

Aznil berkata ibunya menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court dalam usia 90 tahun akibat sakit tua.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburun Islam Datuk Keramat sebelum solat Zohor hari ini.
Powered by Blogger.