F Tak Suka Che Ta Belikan Kasut Mewah, Zain Reka Kasut Sendiri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tak Suka Che Ta Belikan Kasut Mewah, Zain Reka Kasut Sendiri

Berpunca daripada rasa tidak selesa memakai kasut mewah yang dibeli oleh isterinya Rozita Che Wan (Che Ta) telah memberi idea kepada Zain Saidin untuk mereka kasut untuk dipakainya mengikut citarasa sendiri sekaligus membawanya menceburi dunia perniagaan kasut.

Menurut aktor bertubuh sasa ini, dia sering merungut setiap kali Che Ta membelikannya kasut mewah kerana baginya harga yang mahal adakalanya tidak memberi kepuasan dan kurang memenuhi citarasanya. Justeru berbekalkan pengetahuan dalam bidang grafik, dia mula mereka kasutnya sendiri.

"Che Ta, dia suka belikan saya kasut mewah tapi masalahnya saya rasa tak selesa apabila pakai. Pernah satu masa ketika kami di Sepanyol, disebabkan saya tak mahu pakai kasut mewah yang dia belikan, buat saya bergaduh dengan dia.

"Sejak itu, saya tak bagi dia belikan saya kasut sebab rasa baik saya reka kasut saya sendiri ikut apa yang saya suka. Saya buat untuk keperluan saya, kalau orang nak beli saya jual," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Festival Raya KL 2016, bertempat di PWTC, kelmarin.

Zain bersam Che Ta antara barisan artis yang bakal memeriahkan festival Aidilfitri terbesar Asia itu yang akan berlangsung di PWTC selama 72 jam tanpa henti mulai 24 Jun sehingga 27 Jun ini.

Dalam pada itu, dia tidak menyangka menerima permintaan daripada banyak pihak yang ingin membeli koleksi kasut rekaannya itu yang diberi nama Zapatos. Untuk permulaan sebanyak 3000 pasang koleksi ZapatoS dipasarkan menerusi online dan setakat ini sudah 60 peratus terjual.

"Zapatos tu sebenarnya perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud kasut. Kebetulan pangkalnya Z dan akhirnya S, jadi saya rasa pilihan nama itu kena dengan nama saya, Zain Saidin. Ilham rekaan saya, saya banyak ambil inspirasi daripada koleksi kasut berjenama seperti Louis Vuitton (LV)

"Tak sangka, ramai yang suka rekaan koleksi saya. Setakat ini sudah 60 peratus terjual. Harga kasut saya antara RM150 hingga RM250. Buat masa ini saya meletakkan harga yang murah

"Sejak kebelakangan ini saya semakin mendalami bidang ini dan saya mahu mengembangkan lagi perniagaan saya. Saya bercita-cita mahu menghasilkan rekaan kasut yang lebih 'classy' dan menjadi satu jenama pilihan dan harganya juga akan lebih mahal kerana ada sesetengah orang, mereka suka menggayakan kasut mahal," katanya.

Perkembangan lain, sepanjang Ramadan ini meskipun menjalani ibadah berpuasa di siang hari, tidak menghalang Zain menjalankan rutin hariannya di gym selepas selesai menunaikan solat tarawih.

"Walaupun letih berpuasa di siang hari, tapi selagi terdaya pada sebelah malam saya akan habiskan masa di gym sekurangnya selama sejam. Saya tak boleh tinggalkan rutin ersebut untuk untuk memastikan saya kekal dengan bentuk badan sekarang. Dalam masa yang sama, saya menjaga pemakananan saya dan tetap bersahur," katanya.
Powered by Blogger.