F Tak Menyesal Korbankan Gaji Tetap | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tak Menyesal Korbankan Gaji Tetap

Penyanyi Zahid, 36, rela berkorban meninggalkan posisinya sebagai penyampai radio Era FM kerana mahu memastikan single terbaru berjudul Biar Aku Yang Tahu dapat mengembalikan kedudukannya sebagai penyanyi terkenal tanah air.

Ini kerana apabila dia terikat dengan sesebuah stesen radio, sukar untuk lagunya diputarkan di corong radio lain.

Juara Akademi Fantasia (AF2) ini berkata, dia tidak kesal meninggalkan jawatan bergaji tetap kerana jiwanya masih mencintai dunia nyanyian.

“Jika ada tawaran selepas ini, saya bersedia menjadi penyampai radio semula tetapi buat masa ini mahu fokus bidang nyanyian.

“Karier saya bermula sebagai penyanyi dan mahu teruskannya. Saya sedar kena bekerja keras kerana tiada lagi gaji bulanan.

“Single ini bukan sekadar untuk kepuasan diri tetapi juga atas permintaan peminat. Saya jadi serba salah apabila peminat selalu bertanya mengenai lagu baru. Diharap mereka berpuas hati dengan single ini,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Tambahnya, selepas meninggalkan Era FM, pelbagai pihak mula memanggilnya menjayakan persembahan dan lagu Biar Aku Yang Tahu turut diputarkan di kebanyakan stesen radio.
Powered by Blogger.