F 'Tak lama lagi Kedah bakal ditadbir dari hospital' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Tak lama lagi Kedah bakal ditadbir dari hospital'


“Tidak lama lagi, pusat pentadbiran Kerajaan Kedah akan berpangkalan di wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang (HPP), tempat di mana (Datuk Seri) Ahmad Bashah (Md Hanapiah),” demikian sindir Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mesyuarat Exco Kedah yang terpaksa diadakan di wad kecemasan hospital terbabit semalam memandangkan menteri besarnya, Ahmad Bashah masih berada dalam tahanan wad yang sedang menjalani rawatan akibat komplikasi usus.

Kata Mahfuz, beliau turut bersimpati dengan keadaan kesihatan yang menimpa Ahmad Bashah, bagaimanapun katanya, pemimpin BN itu sendiri sepatutnya perlu mendahulukan Kedah dan rakyat.

“Berapa lama lagi Ahmad Bashah perlu tinggal di hospital dan berapa lama Kedah akan ditadbir dari wad ICU Hospital Pulau Pinang? Berapa lama pula Ahmad Bashah perlu bercuti sakit atau berehat selepas keluar dari hospital?

“Ini sangat penting untuk rakyat Kedah. Bagi rakyat Kedah, mereka mahukan perjalanan kerajaan negeri dapat berjalan dengan baik dengan dipimpin oleh seorang menteri besar dari Wisma Darulaman bukan dari wad ICU hospital,” katanya lagi.

Ahmad Bashah sebelum ini dikejarkan ke Kedah Medical Centre (KMC) selepas mengadu tidak selesa ketika menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora, Mergong, Kedah sebelum disahkan komplikasi usus.

Bagaimanapun, pada 6 Jun lalu, Ahmad Bashah ditukarkan ke HPP untuk proses pemantauan berterusan.

“Pegawai perubatan perlu memberikan penjelasan tentang berapa lama lagi Ahmad Bashah perlu berada di wad ICU. Apakah perlu ada pemangku Menteri Besar Kedah untuk memastikan perjalanan sebuah kerajaan yang lebih licin dan efisien?

“Saya doakan moga Ahmad Bashah cepat sembuh dan dapat segera keluar dari wad hospital menjelang hari raya Aidilfitri mengikut nasihat doktor serta banyak berdoa dan berserah diri pada ALLAH,” ujarnya lagi.
Powered by Blogger.