F Tahun kedua Talha tanpa nenek | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tahun kedua Talha tanpa nenek

Ramadan dan Aidilfitri tahun ini nampaknya kurang ceria sedikit kerana empunya nama Talha Amir Harith, 26, masih lagi terkenangkan neneknya, Faridah Hanim Rashid.

Nenek Faridah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Februari tahun lalu kerana sakit tua.

Talha memberitahu sejak kecil hingga dewasa dia banyak habiskan masa bersama wanita itu.

"Sebenarnya setiap hari saya akan teringatkan nenek sebab dia jaga saya dari kecil sampailah saya dewasa.

"Nenek meninggal dunia ketika itu dia sedang tidur. Lama juga dia tidur jadi tak naklah ganggu, dapat tahu pun ketika pembantu rumah masuk bilik untuk ambil alih jaga nenek, nak dekat maghrib baru tahu yang nenek sudah tiada," ujar Talha dengan terperinci.

Bercerita tentang persiapan raya pula, Talha dan keluarga lebih bersederhana selain menantikan orang kampung datang takbir di malam raya di kediamannya, Kampung Melayu, Johor.

"Saya dan keluarga jenis yang bersederhana saja. Di malam raya akan ada orang surau akan datang ke rumah untuk takbir raya. Selepas itu kami hanya menjamah rendang. Malah rumah pun kami tidak fokus untuk hias atau tukar perabot, cukup bersihkan rumah.

"Bila balik kampung pada musim raya saya biasanya malam raya itu juga saya selalu akan berjumpa dengan kawan-kawan kampung kerana lama tak balik, bila dah jumpa sampai ke pagilah berbual," jelas Talha.

Dalam perkembangan lain, Talha akan muncul dalam telefilem malam raya berjudul Pulang. Selain itu di sepanjang bulan Ramadan ini Talha terlibat dengan program TV3 Jom Berbuka dan Raudhah.
Powered by Blogger.