F Tahniah isteri Radhi OAG hamil 5 bulan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tahniah isteri Radhi OAG hamil 5 bulan

Selepas Fahrin Ahmad dan Nad Zainal berkongsi mengenai berita gembira tidak lama lagi masing-masing akan menimang cahaya mata pertama, kini vokalis Radhi OAG pula tampil memberitahu, isterinya Nur Shahira Ayu sedang hamil lima bulan.


Tambah Radhi, dia bakal menerima seorang bayi lelaki. Menurut anak kelahiran Kuching, Sarawak ini, Kakigosip difahamkan isterinya kurang alahan dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi apabila masih mampu untuk menjalani ibadah puasa.

Untuk rekod, Radhi dan isteri bernikah pada 4 April 2014, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Aisyah, 2. Terdahulu, Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif dan telah berpisah serta dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rifdhi Muslim, 11.


Ramai pula rasanya selebriti kita yang hamil pada tahun ini kan? Antaranya seperti, isteri Shukri Yahaya, isteri Fahrin Ahmad, Nad Zainal, dan Diana Amir.
Powered by Blogger.