F Sutradara The Coujouring 2 Sebenarnya Seorang Penakut | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sutradara The Coujouring 2 Sebenarnya Seorang Penakut

Pengarah filem seram Hollywood yang kini masih rancak ditayangkan di pawagam tempatan, The Conjuring 2 iaitu James Wan mengakui beliau sebenarnya seorang yang sangat penakut.

Sunggupun berjaya menghasilkan sebuah karya yang membuatkan ramai penonton susah tidur malam atau paling tidak pun meremang bulu roma, namun hakikatnya pengarah yang cukup sinonim dengan karya serammya yang lain seperti Saw, Insidious dan The Conjuring mendedahkan bahwa beliau mempercayai akan kewujudan hantu.

“Saya percaya dengan dunia lain, namun ketika membuat filem, saya tidak pernah merasakan atau melalui pengalaman supernatural. Tapi, kalau saya mengalaminya, mungkin film The Conjuring ini tidak akan dihasilkan. Saya seorang sangat penakut,” ujar anak kelahiran Malaysia ini seperti yang dilaporkan Today Online.

Dikhabarkan, ketika penggambaran filem The Conjuring 2, berlaku kejadian aneh ketika di set penggambaran. Dikatakan ada dikalangan pelakon filem itu yang terdengar suara-suara aneh ketika penggambaan sedang dilakukan.

Bagaimanapun film tersebut berjaya disenaraikan sebagai filem pecah panggung di banyak negara.
Powered by Blogger.