F Sudah Popular Pun Tetap Suka Guna Pengangkutan Awam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sudah Popular Pun Tetap Suka Guna Pengangkutan Awam

Meskipun popularitinya ketika ini sedang di kemuncaknya lebih-lebih lagi sejak muncul menerusi drama Reply 1988, namun Park Bo Gum masih guna pengangkutan awam untuk ke mana-mana.





Menurut aktor berusia 22 tahun ini, dia slebih suka menjalani kehidupan yang bebas dan masih menjadikan kereta transit aliran ringan atau biasanya disebut di Korea dengan nama Subway untuk ke mana-mana.

Malah dia tidak mempunyai kereta atau van mewah mahupun pengawal peribadi sepertimana yang dimiliki kebanyakan artis atau selebriti.

Menurut lapoan AllKpop, bagaimapun pihak agensi pengurusan Bo Gum menyatakan rasa bimbang akan keselamatan serta privasi pemuda itu memandang dia kini menjadi perhatian dan kegilaan ramai peminat. Pihak agensinya merasakan sikap berdikari Bo Gum itu mudah mengundang bahaya terhadap dirinya sendiri.


Setiap kali ada pihak yang berkata kepadanya, "Bo Gum, mulai sekarang boleh awak berhenti daripada menggunakan subway?"

Park Bo Gum sentiasa menjawab, "Mengapa ~ Ia adalah pengangkutan yang paling cepat dan sentiasa tepat pada masanya. Saya suka menggunakan subway setiap kali saya ada temujanji dengan seseorang. Saya boleh pergi mana-mana sahaja di Seoul dengan hanya 1300 won!"

Pihak agensi pelakon itu yang dikenali sebagai Mr. A turut mendedahkan, pernah satu ketika dia keluar bersama Bo Gum namun mereka pulang dengan cara beransing.

Pada mulanya Mr.A tidak mahu Bo Gum menggunakan subway kerana tidak mahu pelakon itu berhimpit-himpit dengan pengguna lain,

" Bo Gum, saya akan mendapatkan perkhimatan teksi untuk awak pulang ke rumah," cadang Mr. A dan kemudian segera menahan teksi.

Namun apabila dia berpaling, dia melihat Bo Gum sudah berlari menuju ke pintu masuk stesen subway.
Powered by Blogger.