F Song Joong Ki Sewakan Pesawat Peribadi Khas Untuk Song Hye Kyo? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Song Joong Ki Sewakan Pesawat Peribadi Khas Untuk Song Hye Kyo?

Pelakon terkenal Song Joong Ki ketika ini masih lagi sibuk dengan aktiviti sesi bertemu peminatnya di beberapa negara. Pada Jumaat lalu, bintang drama fenomena Descendants of the Sun ini bertemu peminat setianya di kota Chengdu, China.

Acara tersebut tambah hangat dengan penampilan istimewa heroinnya, Song Hye Kyo. Bahkan ada khabar lebih menarik yang mengiringi kehadiran aktres jelita tersebut di acara 'kekasihnya' itu.

Menurut laporan media Taiwan, Song Hye Kyo hadir di Chengdu dengan menaiki pesawat peribadi yang disewa khusus untuknya oleh Song Joong Ki.

Sementara itu, pihak media turut cuba mendapatkan pengesahan daripada agensi Song Joong Ki iaitu Blossom Entertainment. Bagaimanapun pihak agensi tersebut menafikan laporan daripada media Taiwan itu.

"Pesawat peribadi itu adalah hadiah istimewa daripada penganjur dan penaja yang mengenadalikan acara fan meeting di China yang memang dikhususkan untuk Song Hye Kyo.

"Kami tidak tahu mengenai Song Joong Ki yang menyediakan pesawat itu untuk Song Hye Kyo," kata wakil dari Blossom Entertainment.
Powered by Blogger.