F Skuad bawah 21 mula bergaya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Skuad bawah 21 mula bergaya


PASUKAN bolasepak bawah 21 tahun kebangsaan memulakan kempen Kejohanan Nations Cup 2016 di Melaka dengan aksi memberangsangkan apabila menewaskan Pasukan Bawah 21 tahun Singapura 3-0.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Hang Jebat, Malaysia bermula cemerlang apabila mendahului Singapura seawal minit ke-3.

Pasukan kebangsaan menjaringkan gol pembukaan itu hasil umpanan sepakan percuma setelah tolakan mudah pemain tengah Saffawi Rasid selepas penjaga gol Singapura Muhd Zhafran Rohaizad gagal menepis kemas sepakan percuma pasukan bawah 21 kebangsaan.

Gol kedua diperolehi hasil sepakan deras di dalam kotak penalti oleh pemain gantian, Muhammad Syafiq Ahmad tujuh minit selepas babak kedua bersambung.

Ketika perlawanan hanya berbaki tujuh minit, pemain tengah negara Nur Syamir Iszuan Amin menolak  kemas umpanan pemain perancang, Mohammad Farhan Roslan.

Berbekalkan kemenangan itu, pasukan bawah 21 kebangsaan akan bertemu Thailand pada perlawanan akhir Ahad ini.

Thailand mara selepas menewaskan pasukan vietnam dengan jaringan 2-0.
Powered by Blogger.