F Siti Sarah Dapat Hadiah Studio Dari Suami | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Siti Sarah Dapat Hadiah Studio Dari Suami


Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kesetiaan, Siti Sarah Raisuddin ketika ditemui baru-baru ini, ada berkongsi rasa hatinya yang ingin kembali menyinari dunia seni suara.

Berikutan sudah lima tahun tidak muncul kerana mengalami masalah suara yang membuatkan dia tidak boleh menyanyi dengan baik.

Pun begitu, Sarah sedang berusaha untuk mendapatkan semula suaranya seperti dahulu.

"Secara jujurnya saya memang amat merindui dunia muzik, jadi saya akan cuba buat sesuatu untuk kembali dalam arena muzik selepas bulan puasa ini.

"Sudah lima tahun tidak muncul sebab saya mengalami kehilangan suara sebaik sahaja melahirkan anak. Pendek kata, setiap kali  bersalin mesti suara saya hilang dan tak boleh untuk menyanyi.

"Hilang suara sudah tentu buat saya rasa sedih tapi tidaklah sampai ke tahap yang teruk. Dalam lima tahun ini pun, sebenarnya tak berani nak pergi show sebab bila nak buat persembahan biarlah berbaloi dengan apa yang orang bagi, tapi bila dah jadi macam ini saya sukar. Jadi saya bermula balik macam waktu dulu saya mulakan karier sebagai penyanyi," ujarnya.

Sementara itu, Sarah ada juga menyatakan, suaminya Shuib pula sentiasa memberikan sokongan moral yang tidak putus-putus.

"Suami pula sentiasa sokong malah akan menghadiahkan sebuah studio berhampiran dengan rumah. Dulu saya selalu praktis di rumah saja, tapi bila dah ada anak-anak mulalah mereka pun nak juga," ujarnya penyanyi yang kini mempunyai tiga orang cahaya mata.
Powered by Blogger.