F Siti Nurhaliza kembangkan bisnes I-MIZU | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Siti Nurhaliza kembangkan bisnes I-MIZU

Berpuas hati dengan produk I-MIZU, penyanyi nombor satu tanah air Dato Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu, Siti tertarik untuk memajukan lagi produk minuman ini bersama syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions (SNP).

"Kehadiran Siti Nurhaliza Productions (SNP) adalah sebagai rakan kongsi untuk mempromosikan I-MIZU dengan apa saja platform yang ada kita akan bantu. Tambah pula, di zaman era kecanggihan dengan teknologi media sosial, pastinya akan dapat membantu.

"Secara tidak langsung saya juga sebenarnya adalah pengguna tetap air I-MIZU sejak bulan Mac lagi. Sebab itulah saya merasakan tidak letih dan sentiasa segar. Seperti semua orang tahu jadual saya sangat padat, lebih-lebih lagi dengan konsert bulan April lalu banyak menggunakan tenaga untuk latihan, jadi syukur adanya I-MIZU.

"I-MIZU ini banyak membantu kita dari segi untu melawaskan pencernaan dalam tubuh badan kita, kalau ada sakit-sakit seperti sembelit pun air ini akan dapat membantu," ujar Siti ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Perjanjian Rasmi I-MIZU dan berbuka puasa bertempat di The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.

Diajukan persoalan adakah tidak akan timbul percanggahan dalam memajukan produk yang sedia ada, tenang dan sopan Siti menjawab dengan baik.

"Tidak ada soal percanggahan dengan produk saya sebab bila berbicara mengenai rakan kongsi, ia merupakan sebahagian daripada bisnes saya juga. Jadi saya rasa seronok sangat apabila dapat berkecimpung dalam bidang bisnes.

"Saya suka dan insyaAllah rasanya tak salah untuk saya sebagai artis menggunakan populariti untuk publisiti produk saya, kerana semua adalah produk dan tanggungjawab saya untuk mengendalikan produk-produk yang ada termasuklah kerjasama dengan rakan kongsi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Siti juga akan berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah pada Sabtu ini.

"Alhamdulillah dapat lagi panggilan untuk mengerjakan ibadah umrah pada tahun ini lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Bagi saya suasana bulan puasa di Mekah sangat menyeronokkan dan meriah serta saya dapat berikan tumpuan sepenuhnya untuk beribadah tanpa memikirkan tentang kerjaya dan rutin di dunia.

"Di sana saya dapat melihat diri saya yang sebenarnya, tanpa mengira darjat pangkat dan kebesaran semua akan duduk bersama-sama, berbuka puasa bersama, malah apa yang diberikan itulah rezeki, contohnya dapat makanan seperti roti, kurma, dan susu. Selain itu dapat menziarahi makan baginda di Raudhah, Al-Masjid An-Nabawi, Madinah," katanya sambil tersenyum.
Powered by Blogger.