F SITI NORDIANA RANCANG BERBUKA PUASA BERSAMA PEMINAT | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

SITI NORDIANA RANCANG BERBUKA PUASA BERSAMA PEMINAT

Pelantun lagu hit Memori Berkasih, Siti Nordiana berharap agar Ramadan pada tahun ini dapat mengerjakan sembahyang tarawih di masjid secara konsisten.

Justeru, Siti Nordiana Alias atau dikenali sebagai Nana, dia akan cuba memperlahankan karier seninya.

"Bulan puasa ini saya masih sibuk dengan beberapa penggambaran seperti iklan komersial, berlakon, menyanyi dan dalam masa yang sama saya juga berniaga di PWTC. Jadi saya berharap Ramadan kali ini lebih istiqamah untuk dapat pergi sembahyang tarawih kalau boleh setiap hari.

"Sementara itu, saya juga ada terfikir untuk mengadakan program berbuka puasa bersama peminat andai ada waktu yang lapang. Pendek kata saya akan sibuk sehingga minggu akhir bulan puasa. Jadi, kalau tanya soal persiapan raya pula, alhamdulillah saya dah siapkan sikit-sikit dulu. Sama juga pakaian raya nanti pun mungkin disaat akhir baru nak cari," katanya ketika dihubungi.

Menyentuh soal rancangan kolaborasi lagu duet dengan penyanyi Khai Bahar pula, Nana berkata, masih belum ada kata putus.

"Sebenarnya, kalau ada peluang saya ok saja dan jika diberi peluang untuk bekerjasama dengan sesiapapun saya terbuka. Kerjasama dengan Khai baru cakap-cakap macam itu saja dan belum ada kata putus lagi," ujarnya ringkas.

Dalam perkembangan lain, saksikan lakonan Siti Nordiana dalam sekuel telemovie Dia Semanis Honey Raya yang akan dipancarkan menerusi saluran Astro Ria, arahan Hadith Omar.
Powered by Blogger.