F Sinar FM Ajak Pendengar Sertai 'Free Market Sinar' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sinar FM Ajak Pendengar Sertai 'Free Market Sinar'




Bagi anda yang mempunyai barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik ataupun apa saja barangan keperluan harian yang tidak digunakan lagi, inilah masanya untuk anda menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Oleh itu, Sinar FM mengajak orang ramai untuk turut serta dalam projek bersama Kengkawan Project sempena bulan Ramadan ini bertempat di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara 6 pada 18 Jun, Sabtu ini.

Baca: Edisi Khas Syawal Majalah Media Hiburan

Bagi anda yang berminat untuk menyertai Projek Berikan Masa, Free Market Sinar, bolehlah daftarkan diri anda menerusi laman web Sinar FM www.sinar.fm

Antara penyampai-penyampai Sinar FM yang akan terlibat sama seperti, Shuib, Abby Fana, Feeya Iskandar dan ramai lagi akan berada di lokasi-lokasi Free Market Sinar.

Sempena bulan mulia ini marilah kita semua bersama-sama menyemarakkan lagi aktiviti amal seperti ini.
Powered by Blogger.