F Shiha Zikir Tak Mahu Anggap Tidak Dihargai di Negara Sendiri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Shiha Zikir Tak Mahu Anggap Tidak Dihargai di Negara Sendiri

Meskipun nama dan bakatnya lebih menyerlah di persada seni Indonesia lebih-lebih lagi semenjak menyertai pertandingan D' Academy Asia (DAA) di sana namun penyanyi Shiha berkata, dia tidak mahu beranggapan dihargai di negara sendiri kerana masih ramai lagi yang menyokongnya.

Memetik laporan Astro Gempak, Shiha memberitahu ketika di dalam pertandingan berkenaan, ramai rakan-rakan Malaysia yang sanggup terbang ke Jakarta bagi menyaksikan saya di sana serta memberikan dorongan.

"Alhamdulillah, saya sendiri menyedari, semenjak saya menyertai DAA, segalanya dipermudahkan. Saya mendapat perhatian di Indonesia.

"Saya tak mahu beranggapan yang saya tak dihargai di negara sendiri kerana masih ramai lagi yang menyokong saya. Ketika sedang bertanding di Indonesia, ramai rakan-rakan Malaysia yang sanggup terbang ke Jakarta bagi menyaksikan saya di sana serta memberikan dorongan.

"Bagi saya, bukan soal tidak dihargai, tetapi semuanya bergantung kepada rezeki. Mungkin dulu rezeki belum berpihak kepada saya, sekarang perlahan-lahan perkara itu datang sendiri. Apa yang penting, saya tak pernah berhenti berusaha.

"Selepas DAA juga, saya turut mula mendapat perhatian di Malaysia dan single terbaru saya juga mendapat sambutan yang menggalakkan," katanya.

Sebelum ini dia pernah muncul dengan lima single namun diakuinya kurang mendapat sambutan berbanding single terbaharunya berjudul Seperti Novel Cinta.

"Syukur kerana lagu Seperti Novel Cinta mula menerima sambutan yang memberangsangkan dan saya berharap semua pihak dapat menerima lagu ini," tuturnya.
Powered by Blogger.