F Sherry Alhadad Kini Jadi Taukeh Kerepek Rumpai Laut | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sherry Alhadad Kini Jadi Taukeh Kerepek Rumpai Laut

Mengakui biarpun tidak mendapat keuntungan tidak seberapa namun dek kerana seronok dengan sambutan pelanggan, pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad, 32, meneruskan bisnes diusahakan pada Ramadan tahun lalu iaitu menjual kerepek rumpai laut.

Memetik laporan BH online, Sherry berkata, seandainya andai ada permintaan yang lebih memberangsangkan atau dapat menambah tenaga kerja, dia akan meneruskan perniagaannya itu pada musim biasa.

"Jika diikutkan, saya tidak mengaut banyak keuntungan tetapi nekad meneruskan perniagaan bermusim ini atas dasar ingin mencuba. Seronok melihat maklum balas pembeli yang berminat merasai keenakannya.

"Buat masa ini kami hanya membuka perniagaan pada Ramadan. Tengoklah nanti andai ada permintaan yang lebih memberangsangkan atau dapat menambah tenaga kerja, pengeluarannya mungkin dapat dilakukan pada musim biasa," katanya.

Sherry berkata, resipi kudapan istimewa itu dipelajari ketika menjayakan program masakan Ketuk Ketuk Ramadan yang diacarakan Sheila Rusly.

"Sebenarnya mudah saja resipi kerepek rumpai laut yang saya pelajari dari Kak Sheila (Rusly). Saya dan seorang rakan rapat menjalankan bisnes itu secara kecil-kecilan menggunakan medium media sosial.

"Kami tidak boleh menerima permintaan terlalu banyak kerana takut tidak menang tangan," katanya.
Powered by Blogger.