F Sharifah Shahora jaga badan untuk pikat suami | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sharifah Shahora jaga badan untuk pikat suami

Pelakon terkenal iaitu Sharifah Shahora mengakui dia mula menjaga badan dan menghias diri untuk tampil lebih menawan dan cantik buat suami tercinta, Raja Mukhriz yang juga merupakan pengarah sinematografi.

Terdahulu, MH Online difahamkan rumah tangga pasangan Sharifah Shahora dan suami pernah goyang sekitar tahun lalu kerana orang ketiga yang dikatakan punca hubungan mereka dingin. Mungkin itulah agaknya kenapa aktres cantik ini semakin 'pasang badan'.

Sementara itu, Sharifah turut berkata, rumah tangga mereka kini lebih bahagia dan tenang. Walau bagaimanapun, Ramadan kali ini mereka tidak dapat berbuka puasa bersama ekoran suami yang terlibat dengan sebuah penggambaran di Sabah selama dua bulan.

Pada masa yang sama, walaupun jarak memisahkan mereka namun kiriman mesej digantikan sebagai platform untuk melepaskan rindu.
Powered by Blogger.