F ShahRukh Khan Doakan Seluruh Muslim Perolehi Keberkatan Ramadan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

ShahRukh Khan Doakan Seluruh Muslim Perolehi Keberkatan Ramadan

Sempena bulan mulia ini, aktor terkenal Shahrukh Khan (SRK) tidak lupa menitipkan ucapan selamat berpuasa dan mendoakan agar semua umat Islam yang menjalani ibadah puasa sepajang Ramadan ini mendapatkan keberkatan dan kedamaian.

"Selamat menjalani ibadah puasa Ramadan Mubarak untuk kalian semua. Semoga kalian mendapatkan kedamaian, kebahagiaan dan juga perasaan memiliki," tulis bintang filem Dilwale itu di laman sosial Twitternya, pada 3 Ramadan lalu.

Dilahir sebagai seorang Muslim, Shahrukh Khan tidak lupa menunaikan tanggungjawabnya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan setiap tahun.

Laporan media sebelum ini menyebut, meskipun beliau pernah mengaku yang dirinya bukan seorang Muslim yang sangat taat dan keluarganya pun tidak pernah memaksanya mengejarkan solat, namun SRK tetap berpengang teguh kepada ajaran agama Islam sehingga sekarang.

Memiliki isteri yang beragama Hindu tak menghalang Shahrukh Khan untuk menjalan ibadah puasanya. Sudah bertahun-tahun mereka saling toleransi soal agama masing-masing hingga ke saat ini.

Tahun ini, SRK terpaksa menjalani ibadah puasa di set lokasi penggambaran dek kerana sibuk dengan projek Raess.
Powered by Blogger.