F Sepahtu Raya Sedondon | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sepahtu Raya Sedondon

Kumpulan komedi popular Sepahtu kini muncul dengan single lagu raya terbaru mereka berjudul Raya Sedondon bagi menambahkan lagi kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2016 ini.

Tambah menarik, lagu ini dicipta dan diterbitkan oleh Sifu industri muzik - Dato M.Nasir, manakala liriknya ditulis sendiri oleh Sepahtu bersama Ilya Buang (Kumpulan Senario).

Raya Sedondon ini diterbitkan sepenuhnya oleh Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama radio SINAR FM sebagai bahan pengisian baru ke pasaran umum.

Lagu yang berentak ‘catchy’ ini telah memecah tradisi pelancarannya apabila pihak Luncai Emas dan Sinar FM melancarkan lagu ini secara rasmi melalui 'Live on Air' secara langsung ke seluruh negara pada pagi 20hb lalu.

Raya Sedondon akan dijual secara digital melalui iTunes Store manakala Nada Dering Pemanggil (RBT) lagu ini akan berada di telco utama (Celcom, Maxis, Digi & Umobile)
sebelum Hari Raya nanti.

Lagu ini akan turut diupload di saluran streaming utama seperti Spotify, Apple Music, Yonder, Joox dan sebagainya.
Powered by Blogger.