F Selesa Solo Selepas Dua Kali Bercerai | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Selesa Solo Selepas Dua Kali Bercerai


Selepas dua kali gagal dalam perkahwinan, supermodel terkenal, Heidi Klum memberitahu, dia selesa menjalani kehidupan sebagai seorang wanita solo dan tidak terfikir untuk berkahwin buat kali ketiga.

Kenyataannya itu ternyata menimbulkan keraguan kerana Klum, 43, kini sedang hangat bercinta dengan seorang usahawan muda yang baru berusia 29 tahun, Vito Schnabel.

Mereka bagaimanapun didakwa selesa dengan ikatan sebagai kekasih sahaja tanpa mengikat komitmen untuk berkahwin.

“Saya telah bercerai dua kali dan sekarang sangat menikmati kehidupan baharu ini. Saya harap agar mampu terus menikmati kehidupan ini (solo) untuk masa akan datang,” katanya.

Klum sebelum ini pernah berkahwin dengan Ric Pipino selama lima tahun dan penyanyi Seal, selama 10 tahun.
Powered by Blogger.