F Selesa Naik Kenderaan Awam, Remy Ishak Pilih Uber | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Selesa Naik Kenderaan Awam, Remy Ishak Pilih Uber

Pelakon Remy Ishak mendedahkan dia kini lebih kerap menggunakan pengangkutan awam sejak kehilangan kereta, beberapa bulan lalu.

Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, 34, dia tidak mempunyai masalah sebaliknya berasa selesa menaiki kenderaan awam seperti LRT dan perkhidmatan kereta sewa seperti uber.

"Saya belum beli kereta baru lagi. Ya, memamg boleh beli kereta tapi saya sekarang naik kenderaan awam macam grabcar atau uber. Saya suka, selesa dan rasa lebih senang. Kadang-kadang saya juga naik LRT," katanya ketika ditemui pada majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Program Raya Aidilfitri anjuran Astro, bertempat di hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Isnin.

Sementara itu ditanya mengenai perkembangan kes keretanya jenis Mitsubishi Triton dilarikan pencuri dalam kejadian berlaku di Seri Kembangan, Serdang, pada Mac lalu, Remy berkata dia masih lagi menunggu siasatan daripada pihak polis.

"Belum ada apa-apa perkembangan. Setakat ini saya masih menunggu keputusan siasatan daripada pihak polis," tuturnya ringkas.

Dalam pada itu sepanjang bulan Ramadan kali ini, seperti mana tahun lalu Remy sibuk dengan program Santai Lebaran Fiesta 2016 anjuran syarikatnya, Aaktor Play House. Feista bazaar yang diadakan di Lamai Santai, di Istana Budaya itu belangsung sehingga minggu terakhir Ramadan.

Selain itu, selepas produk miyak wanginya iaitu Rumi mendapat sambutan menggalakan, Remy akan muncul dengan satu lagi produk, Mist By Remy Ishak iaitu terdiri daripada body scrub dan sabun organik.

"Alhamdulillah minyak wangi saya mendapat sambutan yang cukup baik. Sejak dilancarkan pada Mac lalu, lebih 30,000 botol yang sudah terjual setakat ini. Saya akan keluarkan satu lagi produk iaitu bodyscrub dan sabun organik,' katanya.

Perkembangan mengenai dunia lakonan, Remy bakal muncul menerusi telefilem khas sempena Aidilfitri berjudul Tercipta Untukku yang akan ditayangkan di Astro First pada 1 Syawal, jam 11 malam. Telefilem arahan Jamal Khan itu turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Nabila Huda, Marissa Yasmin dan Octavia Melrose.

Disamping, dia sibuk dengan penggambaran drama 26 episod berjudul Khabar Dari Casablanca yang akan ditayangkan di RTM2. Dalam drama tersebut dia bergandingan dengan Uqasha Senrose.
Powered by Blogger.