F Saya Minta Maaf, Bukan Niat Persendakan Islam - Accapan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saya Minta Maaf, Bukan Niat Persendakan Islam - Accapan

Pelawak veteran Accapan meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila namanya terkait dengan dakwaan kononnya dia memeluk agama Islam seperti yang tersebar baru-baru ini.

Meskipun sudah menafikan dakwaan tersebut namun Accapan berkata penyebaran fitnah itu telah mengelirukan banyak pihak.

"Pastinya saya berasa kecewa dan terkilan kerana hal agama bukan perkara yang ringan dan remeh-temeh. Saya ada keluarga yang keliru dengan penyebaran fitnah ini dan ia melibatkan maruah kami semua.

"Selama menceburi bidang seni sejak 40 tahun lalu, saya menghormati agama rakan-rakan artis lain dan isu sensitif seperti ini boleh menimbulkan salah faham antara kami," katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Pada Isnin lalu, industri hiburan kecoh mengenai berita Acappan, yang beragama Hindu memeluk Islam viral di laman sosial.

Perkara itu menjadi hangat selepas beberapa keping gambar dia bersama rakan bergambar di dalam dan luar sebuah masjid di Salak Tinggi tersebar.

Kemudian terdapat beberapa versi yang mendakwa Acappan menukar namanya kepada Shahrin Abdullah sebelum memilih nama Muhamad Ramadhan kerana berasa lebih sesuai dengan nama itu selepas memeluk Islam.

Tidak mahu dilihat mempermainkan isu agama yang ternyata sensitif, Acappan mahu individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambarnya tampil memohon maaf.

Saya mahu memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang tersinggung dengan berita dan penyebaran foto tersebut itu kerana ia menunjukkan seperti saya mempermainkan agama dan agak keterlaluan terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Dalam pada itu laporan turut menyebut, Accapan mengakui dia ada mendalami agama Islam. Namun kata beliau, belum masanya lagi untuknya menukar agama.

"Niat itu ada, saya juga suka bertanya pada rakan-rakan tentang Islam dan ciri-cirinya. Tetapi jika saya benar-benar mahu melakukannya, saya akan mengikut saluran yang betul. Saya akan berbincang dengan keluarga dahulu, bukan melulu mengambil tindakan. Namun sekarang bukan masa saya lagi untuk menukar agama.

"Saya rasa tidak salah jika orang bukan Islam mahu lebih tahu tentang Islam tetapi mungkin selepas ini, saya akan lebih berhati-hati agar tindak-tanduk saya tidak disalah erti.
Powered by Blogger.