F Saya Menyesal dan Insaf - Ameng | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saya Menyesal dan Insaf - Ameng

Selepas lima tahun empat bulan, vokalis kumpulan Spring, Ameng akhirnya dibebaskan dari Penjara Kluang kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011, atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah.

Bagaimanapun, hukuman itu dipendekkan berikutan kelakuan dan disiplin cemerlang yang ditunjukkannya.

Ameng kelihatan sebak dan mengalirkan air mata terharu sebaik melihat kehadiran isteri, Sabariah Zakaria, 46, dan anaknya, Wan Ammar Haikal, 9, yang menyambutnya di pintu utama Penjara Kluang sejurus dibebaskan.

"Saya menyesal dan insaf. Sebak rasanya melihat kesetiaan isteri dan anak yang menyayangi saya sepenuh hati dan tidak pernah melupakan saya.

"Jika bukan kerana kasih sayang tidak berbelah bahagi mereka, mungkin saya sudah gila dan hilang semangat meneruskan kehidupan.

"Hidup dan mati saya selepas ini hanya untuk keluarga. Saya akan membahagiakan mereka dan berjanji menjadi suami dan ayah yang baik bagi membalas pengorbanan serta kesusahan ditanggung disebabkan saya," katanya.

Ameng akan pulang ke rumah keluarganya di Melaka selepas ini bagi menyambut Ramadan dan Aidilfitri.
Powered by Blogger.