F "Saya Doa Yang Terbaik Untuknya" - Zahirah MacWilson | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

"Saya Doa Yang Terbaik Untuknya" - Zahirah MacWilson

Aktres, Zahirah Macwilson mendoakan yang terbaik buat bapanya yang juga pelakon dan bekas pengacara tv Zainol Macwilson yang melangsungkan pernikahan buat kali kedua, Ahad lalu.

Zahirah, 21, berkata, sebagai anak dia sentiasa mengharapkan yang terbaik buat bapanya itu.

€œSebenarnya tidak tahu mengenai perkara itu sehinggalah beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

"Apabila ibu memaklumkan kepada saya, saya yakin majlis itu memang sah diadakan. Sebagai anak, saya doa yang terbaik untuknya," katanya.

Berita pernikahan Zainol mula hangat diperkatakan sejak semalam selepas beberapa gambar majlis pernikahannya tersebar di Internet.

Majlis pernikahan Zainol dengan pasangannya yang juga ibu tunggal beranak dua itu berlangsung di sebuah surau di Taman Jali, Kangar, Perlis, Ahad lalu.

Zainol dan ibu Zahirah, Maslinda Yusof bercerai pada 9 November tahun lalu selepas 22 tahun berkahwin.

Sebelumnya, berita keretakan rumah tangga mereka hangat diperkatakan selepas ibu Zahirah mendakwa suaminya diganggu wanita lain sehingga menyebabkan mereka berpisah.
Powered by Blogger.