F Saya Cepat Letih, Kuat Makan - Sharifah Shahira | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saya Cepat Letih, Kuat Makan - Sharifah Shahira

Pengacara dan pelakon Sharifah Shahira memberitahu dia kini banyak berehat kerana kerap mengalami keletihan sejak disahkan hamil anak kelima berbeza dengan kehamilannya sebelum ini.

“Memang berbeza. Dulu saya tetap bertenaga dan aktif walaupun berbadan dua. Mungkin faktor usia juga mempengaruhi tahap stamina dan kesihatan saya,” katanya sepeti yang dilaporkan Harian Metro.

Walaupun tidak mempunyai sebarang alahan, Shahira akui sangat teliti dengan kesihatan untuk kandungannya kali ini.

Katanya, usianya kini 42 tahun, tenaga pun semakin kurang dan tidak sekuat dulu lagi.

“Kalau boleh saya mahu berbaring dan tidur sepanjang hari. Saya cepat letih dan kuat makan. Sekarang berat saya mencecah 63 kilogram.

“Saya harus berhati-hati dalam aktiviti harian dan menjaga kesihatan terutama pemakanan. Bimbang nanti ada kencing manis dan tekanan darah tinggi.

“Elok jugalah saya tidak ada tawaran berlakon. Saya pun risau juga terlalu aktif untuk kehamilan kali ini. Saya sendiri pun buat masa ini membataskan pergerakan dan aktiviti harian,” katanya.

Shahira juga sudah menjangka hamil lagi walaupun pada usia 40-an berdasarkan sejarah keluarga. Katanya, nenek dan ibunya pernah melahirkan anak pada usia pertengahan 40-an.

“Mungkin adik saya, Sakinah juga melahirkan anak pada usia lewat 40-an. Ia mungkin genetik keluarga,” katanya.

Shahirah yang juga isteri pelakon Ijoy Azhari, dikurniakan tiga anak bersama Ijoy, Airel (lahir 2004), Airra (2007) dan Audra (2009) serta seorang lagi anak perempuan, Alisya hasil perkahwinan sebelumnya.
Powered by Blogger.