F Sasha Sandha teruja dapat jayakan program jom masjid | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sasha Sandha teruja dapat jayakan program jom masjid

Bersempena dengan bulan Ramadan, buat pertama kalinya stesen TV3 dan TV9 telah menganjurkan satu program kerohanian rentetan daripada Bazar Syukur Selalu bertempat di Masjid Ridzuaniah Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini.

Jom Masjid pula bertumpu mengimarahkan masjid di bulan Ramadan serta mengetengahkan amalan moreh yang diadakan selepas solat tarawih. Selain daripada berbuka puasa dan solat maghrib bersama, orang ramai turut diberikan peluang bagi merasai pengalaman baru untuk menyertai aktiviti-aktiviti ilmiah dan insaniah seperti rakaman program Al-Kuliyyah, bacaan ayat suci Al-Quran, tazkirah, solat Isyak, bertarawih serta sesi tadarus Al-Quran.

Berkesempatan menemubual seorang pelakon yang disayangi ramai iaitu Fasha Sandha, berkata, dia berasa teruja dengan aktiviti kerohanian seperti itu, selepas adanya kempen Syukur Selalu.

“Rasa seronok kerana dapat mendekatkan diri dengan orang kampung, dapat lagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan. Selain itu, sesi mengagihkan bubur lambuk bersama selebriti lain dan dapat beramal sambil menderma,” ujarnya.

Melihat aktres jelita bertudung pastinya ramai yang senang hati dan berdoa agar Fasha bertudung satu hari nanti.

“Alhamdulillah ramai yang mendoakan yang baik-baik. Insya-Allah, apabila masa mengizinkan dan setelah selesai dengan komitmen kerjaya saya. Setakat ini belum boleh,” jelasnya ringkas.

Antara selebriti yang turut menjayakan program Jom Masjid ini seperti duta-duta syukur selalu iaitu Amar Asyraf, Fattah Amin, Fasha Sandha, Hafidz Roshdi, Janna Nick dan Uqasha Senrose. Manakala barisan selebriti dan personaliti TV3 dan TV9 seperti Ustaz Harryanto, Utsaz Mohd Wadi Annuar (Al Kuliyyah), Anwar Afiq, Talha Harith, Aisya Hasnaa, Nadzmi Adhwa, Da’i Luqman, Anis Al-Idrus, Adzriefaiz Adzlan dan Ashraf Muslim.
Powered by Blogger.