F Sari Yanti terbuka untuk jodoh seterusnya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sari Yanti terbuka untuk jodoh seterusnya

Pelakon genit, Sari Yanti sudah dua tahun bergelar ibu tunggal serta mempunyai dua orang permata hati.

Bagaimanapun, Sari Yanti atau nama penuhnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 32, berkata, dia bersikap terbuka untuk menerima sesiapa pun yang mahu mengenali dirinya.

Dalam pada itu, Sari ada menyatakan, buat masa ini perkahwinan bukanlah keutamaannya kerana fobia dengan sejarah hitamnya dulu. Sebaliknya, lebih mengutamakan anak-anak yang masih kecil.

Dalam perkembangan lain, Sari bakal membintangi dalam sebuah drama berjudul Lip Lap Raya yang akan digandingkan dengan pelakon berasal dari Uzbekistan, Daler Yusof.

Untuk rekod, Sari dan suami, Mohd Edy Casmadi Che Hussin disatukan pada 16 Januari 2009 dan berpisah pada 11 Disember 2014. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy, 6, dan Basit Al-Haq, 4.
Powered by Blogger.