F Sarah (Mentor Legend) Tak Kisah Dianggap Anti Sosial | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sarah (Mentor Legend) Tak Kisah Dianggap Anti Sosial

Mengakui meskipun ramai lelaki cuba mendekati dirinya namun bintang kelahiran program realiti Mentor Legend, Sarah berkata dia belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki kerana ingin melunaskan tanggungjawab terhadap keluarganya terlebih dahulu.

Memetik laporan mStar online, Sarah atau nama sebenarnya Maishara Fazny Mahadzir, 21, berkata, dia ingin meringankan beban kedua ibu bapanya kerana bukan berasal dari keluarga senang selain ingin membalas jasa mereka yang telah bersusah payah menanggung kehidupan mereka 15 beradik.

"Ramai yang ingin mendekati tetapi saya belum bersedia dan terpaksa menolak kerana ingin memberi fokus membantu stabilkan ekonomi keluarga terlebih dahulu.

"Saya bukan datang dari keluarga senang dan mempunyai 15 orang adik-beradik, jadi saya perlu utamakan mereka berbanding perkara lain,"katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah pandangan orang lain yang menganggap dia sebagai anti-sosial kerana paling penting dapat membantu keluarganya.

"Saya tak kisah jika ada yang kata saya anti sosial kerana sejak dahulu lagi saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga.

"Banyak yang kami lalui bersama tidak kira sukar atau pun senang dan saya tetap akan memilih mereka berbanding perkara lain," ujarnya.

Sementara itu, sepanjang bulan Ramadan ini, Sarah bersama adik-beradiknya turut mengusahakan perniagaan biskut raya Choc Chip Raya Cookies by Sarah Fazny secara atas talian.
Powered by Blogger.