F Sanggup Beratur Panjang Demi Cendawan Viral | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sanggup Beratur Panjang Demi Cendawan Viral

Selain sering mencuba pelbagai menu yang viral di media sosial sepanjang Ramadan, penyanyi, Sabhi Saddi juga mendedahkan dia sanggup beratur panjang dan menjengah ke segenap kawasan bagi mendapatkan makanan popular yang hebah diperkatakan.

Memetik laporan BH online, Sabhi berkata, dia seronok dapat meluangkan masa bersama isterinya, Rosi Aswani Abdul Razak, mencari menu popular di sekitar ibu kota.

"Nasib baik isteri juga mempunyai minat yang sama seperti saya, jadi dia pun melayan kerenah saya di bulan puasa.

"Saya dan dia sanggup ke Putrajaya bagi mendapatkan menu cendawan yang viral di media sosial, namun belum lagi berpeluang untuk mencubanya kerana perlu beratur terlalu panjang," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Nadiku ini, berkata, selera makannya berkurangan pada bulan puasa. Sebaliknya dia mementingkan pengambilan kurma dalam pola pemakanannya kerana selain mengikut sunnah nabi, ia juga mengandungi kandungan vitamin yang tinggi.

Disamping, sepanjang bulan ini dia juga memperuntukkan masa selama sejam di gimnasium.
Powered by Blogger.