F Saman Penyebar Gambar Lucah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saman Penyebar Gambar Lucah

Penyanyi seksi Ga In dilaporkan membuat laporan polis terhadap individu yang menyebarkan gosip dan khabar angin mengenainya, minggu lalu.

Sejak awal bulan lalu, Ga In sebenarnya sudah membuat permohonan berupa pendakwaan terhadap penyebar fitnah itu.

Dia mula memfailkan saman kepada beberapa agensi berita dan wartawan yang terawal menyebarkan laporan palsu atas alasan mengganggu urusan kerjanya. Pada masa ini, kes itu sudah pun berada dalam proses siasatan polis.

Terdahulu, Ga In berdepan dengan khabar angin mengatakan dia dan teman lelakinya, Joo Ji Hoon juga aktor, mempunyai foto lucah pada April lalu.

Selain foto, pasangan itu juga didakwa memiliki rakaman aktiviti seksual mereka untuk simpanan peribadi.

Peringkat awal, gosip mendakwa wanita di dalam rakaman video lucah itu persis wajah Ga In dan pihak media tanpa bukti kukuh terus mengenal pasti selebriti itu sebagai individu di dalam rakaman video itu.

Akibat dakwaan itu, agensi mewakili pasangan itu dengan tegas menafikannya.

“Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap penyampai fitnah yang mula-mula menyebarkannya. Ia termasuk pihak bertanggungjawab yang mengeluarkan laporan palsu berserta artikel mengenainya,” kata agensi Mystic Entertainment.

April lalu, agensi mewakili Ga In dan Ji Hoon mengeluarkan kenyataan rasmi mereka akan mengambil tindakan keras terhadap pihak yang menyebarkan foto lucah yang didakwa milik pasangan itu.

Kata mereka, khabar angin itu secara terang tidak berasas dan juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama artis bawah naungan mereka.

Agensi mewakili Ji Hoon turut mengeluarkan kenyataan sama. Katanya, penyebaran khabar angin palsu ialah asas kepada peningkatan jenayah siber.

“Pihak kami akan ambil kira setiap artikel dan penyebaran berita berterusan mengenai khabar angin itu, termasuk agensi media yang mula-mula melaporkannya sehingga tersebar ke laman sesawang.

“Siasatan ini termasuk atas dakwaan menyebarkannya tanpa mengesahkan sebarang fakta dan ia akan disiasat dengan kerjasama polis,” kata agensi.

Sejak berita itu timbul, artikel asal berkaitan khabar angin itu sudahpun ditarik balik daripada laman sesawang.

Anggota kumpulan Brown Eyed Girls itu dalam satu entri di laman sosial Instagram pernah memberi kenyataan tidak rasmi di akaun laman sosialnya itu, selepas kejadian berlaku.

“Adakah sesuatu sudah berlaku? Wahai peminat, anda semua pasti sedih dan bimbang. Saya akan selesaikannya, jadi sabarlah sekejap,” tulisnya ringkas.

Beberapa peminat dilihat membalas dengan komen membina. Antaranya luahan rasa rindu dan juga doa semoga artis kesayangan mereka itu terus bersabar dengan ujian itu.

Ga-In boleh dikatakan antara ahli Brown Eyed Girls yang sering menjadi bahan gosip dan perbualan netizen sejak kumpulan itu muncul kira-kira 10 tahun lalu.

Antaranya dia didakwa pernah melakukan pembedahan kelopak mata dan diberi jolokan selebriti paling seksi setiap kali membuat persembahan pentas.
Powered by Blogger.