F Salleh bidas laporan WSJ isu Guan Eng | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Salleh bidas laporan WSJ isu Guan Eng

Berikut ialah kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengenai artikel Wall Street Journal (WSJ), "Critic of Malaysia’s Najib Arrested on Corruption Charges" yang disiarkan hari ini:

"Hari ini, The Wall Street Journal (WSJ) berkata: Pengkritik Najib telah ditangkap atas Pertuduhan Rasuah.

"WSJ sebenarnya melaporkan mengenai penangkapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana rasuah tetapi cara ia menyampaikan tajuk berita memberi tanggapan bahawa Guan Eng ditangkap kerana mengkritik dan bukan kerana rasuah.

Perenggan pertama laporan itu ialah: Seorang ahli politik pembangkang Malaysia yang mengkritik pengendalian dana pelaburan negara 1Malaysia oleh Perdana Menteri telah didakwa terhadap pertuduhan rasuah atas peranannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jadi, sekali lagi, ia mempengaruhi atau menggambarkan dalam fikiran pembaca bahawa penangkapan Guan Eng ialah kerana kritikan beliau terhadap pengendalian Perdana Menteri berhubung 1MDB.

WSJ kemudian berkata: Pada Mei, kerajaan Pulau Pinang membekukan pembelian tanah seluas 234 ekar di negeri itu oleh 1Malaysia Development Bhd sehingga, Encik Lim berkata ketika itu, dana menguruskan hal-ehwalnya dengan "akauntabiliti dan ketelusan."

Cara WSJ menyampaikan laporan itu adalah seolah-olah keseluruhan isu itu ialah mengenai 1MDB dan Najib dan bukan kerana rasuah. Dan ini adalah agensi berita yang disebutkan oleh pembangkang sebagai untuk dipercayai, sangat profesional, tidak mempunyai agenda tersembunyi, tidak menyasarkan Najib, dan sebagainya.

Seorang yang mempunyai kecerdikan yang terhad pun dapat melihat bahawa WSJ ialah bertentangan semua itu dan bahawa ia terlibat dalam kempen menentang Perdana Menteri dan kemungkinan terhadap Malaysia.

"Tetapi ada ramai yang masih percaya bahawa WSJ hanya cuba untuk mendedahkan kebenaran dan tiada membabitkan unsur berniat jahat."
Powered by Blogger.