F Saida teruja giliran beraya dengan anak-anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saida teruja giliran beraya dengan anak-anak

Penyanyi, Saida yang pernah popular satu ketika di zaman Akademi Fantasia pada musim keenam, memaklumkan dia sudah tidak sabar lagi untuk menyambut hari raya kerana pada tahun ini anak-anak akan beraya bersamanya selepas giliran beraya dengan ayah mereka tahun lepas.

“Pada tahun ini bagi saya rumah akan lebih meriah dan suasana pastinya berbeza kerana anak-anak akan pulang beraya bersama saya. Tahun lepas merupakan giliran bekas suami beraya dengan anak-anak, kali ini saya pula. Jadi saya terharu dan gembira sangat serta tak sabar nak menantikan kehadiran mereka.

“Apa yang lebih membuatkan hati saya jadi lebih terharu apabila dapat melihat anak-anak saya akan pergi menunaikan ibadah umrah pada Selasa depan bersama ayah mereka. Namun saya sedikit agak terkilan sebab tak dapat ikut bersama sebab memang sudah lama saya mengimpikan detik itu, Insya-Allah ada rezeki tahun depan, giliran saya pula dengan anak-anak,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menyentuh soal rumah tangga pula, Saida atau nama penuhnya Siti Norsaida Tarudin mengakui sedang mengenali hati seorang lelaki namun masih belum di fasa yang serius kerana mahu menjaga hati dan perasaan ramai pihak.

“Saya masih belum ada perancangan untuk sampai ke jenjang pelamin lagi kerana perkara seperti ini perlu mendapatkan nasihat dan perbincangan daripada pihak keluarga saya terlebih dulu. Tambah pula anak-anak, mereka bukan senang untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka, jadi perkara seperti ini perlukan masa. Oleh itu, saya akan fikir panjang sebelum membuat keputusan untuk berkahwin lagi,” terang Saida mengakui perkenalan mereka sudah hampir empat tahun.

Untuk rekod, Saida dan bekas suami Mohd Ghazali disatukan pada 14 Disember 1996 dan bercerai pada bulan Oktober 2011. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata.
Powered by Blogger.