F Ruminah Sidek Seronok Bantu Suami Menoreh Getah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ruminah Sidek Seronok Bantu Suami Menoreh Getah

Aktres veteran Ruminah Sidek melalui pengalaman berharga dalam hidupnya selain menjadi seorang pelakon iaitu bergelar penoreh getah sejak dua tahun lalu.

Memetik laporan mStar online, Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 70, berkata, pengalaman itu dilaluinya selepas menjadi isteri kepada peneroka Felda Jelai, Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 72.

Beliau mengambil masa beberapa minggu untuk belajar menoreh daripada suaminya sehingga benar-benar berjaya.

"Mula-mula memang tidak tahu bagaimana cara nak menoreh getah, jadi saya belajar dengan suami sehingga saya menangis kenapa saya tidak pandai-pandai.

"Saya berdoa Allah permudahkankan saya untuk pandai melakukannya kerana saya benar-benar mahu menemani suami setiap pagi ke kebun getah. Sekarang suami pula kagum dengan kebolehan saya.

"Menoreh merupakan rutin kami setiap pagi, saya dan suami akan keluar seawal 6.30 pagi dan pulang kira-kira pukul 9 pagi," ujarnya.

Pasangan ini bernikah dalam sebuah majlis sederhana di Klang, Selangor pada 17 Mei 2014.

Ruminah mengakui dia sedang melalui kehidupan baharu yang sangat bahagia sejak mereka berkahwin.

Dia juga banyak manghabiskan masanya menjalani kerja-kerja yang tidak pernah dilakukan dalam hidupnya sebelum ini.

"Selain menoreh banyak juga perkara baru saya belajar seperti memancing, suami suka memancing di laut jadi dia bawa sekali. Ada suatu hari kami memancing sehingga di sempadan Johor bersama rakan-rakannya," ujarnya.

Tambah menggembirakan, Ruminah berkata, dia turut berasa dihargai apabila sering diundang menjadi tetamu dan memberi ucapan dalam majlis anjuran sekolah-sekolah berhampiran tempat tinggalnya itu.

Dia tidak menyangka kehadirannya mendapat perhatian dan diterima dengan hati terbuka oleh masyarakat Felda berkenaan.

"Sejak berkahwin saya dan suami banyak mendapat jemputan untuk hadir majlis-majlis penting di kawasan Felda itu termasuk sekolah-sekolah.

"Mereka suruh saya beri ucapan, malah mereka juga adakan majlis menayangkan filem-filem lama saya untuk tontonan tetamu dan pelajar-pelajar sekolah itu," ujarnya.
Powered by Blogger.