F Rolling Stones Iktiraf Album Yuna | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rolling Stones Iktiraf Album Yuna

Album terbaharu Yuna berjudul Chapters diiktiraf antara album R&B terbaik tahun ini berdasarkan laporan majalah hiburan antarabangsa terkemuka, Rolling Stones.

Pengarang majalah itu, Mosi Reeves menerusi artikel bertajuk Best R&B Albums Of 2016 So Far menyifatkan 'Chapters' menunjukkan sisi kepakaran Yuna dalam menarik hati pendengar.

Reeves menganggap Yuna memiliki bakat penulisan lirik dan lagu yang hebat.

Album Chapters yang semakin mendapat hits dengan penampilan khas Usher dan Jhene Aiko menunjukkan kepakaran penulisan bintang pop Malaysia itu.

"Yuna hanya memerlukan satu atau dua lagu popular untuk mendapat perhatian arus perdana," katanya.

Sementara itu, Yuna turut memuat naik paparan skrin artikel berkenaan dengan meluahkan rasa terharu dan penghargaannya kepada Rolling Stones.

"Woke up to this lovely article. #yunachapters made it to the list. Thank you so much @rollingstone this means a lot to me," katanya.

Rolling Stones menyenaraikan 20 album terbaik di mana Beyonce menduduki tempat pertama menerusi album Lemonade.

Antara penyanyi lain yang turut disenaraikan adalah Rihanna, Robert Glasper dan Eric Belinger. Rolling Stones adalah majalah hiburan popular dunia yang diterbitkan lebih 20 buah negara.
Powered by Blogger.