F Rita Rudaini Kecewa Ditipu Kontraktor | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rita Rudaini Kecewa Ditipu Kontraktor

Impian aktres Rita Rudaini mahu memulakan perniagaan dalam bidang perniagaan makanan terbantut apabila ditipu kontraktor yang mengubah suai restoran miliknya di Damansara, Kuala Lumpur.

Restoran yang sepatutnya beroperasi awal Mac lalu terpaksa ditunda beberapa kali.

Memetik laporan Harian Metro, Rita, 40, berkata, dia cukup kecewa dan kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab kontraktor terbabit.

“Saya mempercayainya berdasarkan nama yang dibawa, tetapi saya sebenarnya tersilap. Semua itu tidak menggambarkan langsung kualiti kerja yang diberikan. Ia sekali gus membuatkan saya lebih berhati-hati dalam perkara ini,”katanya.

Disebabkan itu, Rita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk mendapatkan khidmat kontraktor lain bagi menyelesaikan kerja yang tertangguh itu.

Bagaimanapun, kekecewaan ibu kepada dua cahaya mata ini terubat apabila pihak kedua yang mengambil alih tugas berkenaan memberikan hasil terbaik seperti diharapkannya.

Akhirnya, hasratnya tercapai apabila restoran yang dinamakan Rumah Kueh itu mula beroperasi sejak Isnin lalu.

Dalam perkembangan lain, Rita kini giat dalam menjalani penggambaran telefilem berjudul Penjaga Garisan Itu Suamiku.

Menerusi telefilem ini, Rita bergandingan bersama Fahrin Ahmad.
Powered by Blogger.