F Rezeki di Semenanjung Kurang, Azmil Cari Peluang di Sabah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rezeki di Semenanjung Kurang, Azmil Cari Peluang di Sabah

Penyanyi Azmil Karim, 23, mengakui perjalanan karier agak perlahan namun tidak mematahkan semangatnya untuk mengukuhkan nama dalam dunia seni muzik. Justeru sebagai inisiatif, sejak kebelakangan ini dia menumpukan peluang tawaran persembahan nyanyian di sekitar Sabah.

Menurut juara Mentor Legend ini, dia kerap berulang alik dari Kuala Lumpur ke negeri kelahirannya itu bagi memenuhi undangan persembahan di sana.

"Saya akui, selepas program Mentor Legend, karier agak perlahan. Tapi sejak kebelakangan ini saya lebih sibuk di Sabah kerana saya banyak menerima undangan persembahan di sana.

"Saya buat keputusan untuk lebih tumpukan pada peluang-peluang di sana. Lagipun di sana kurang penyanyi kalau ada pun seprti Stacy, Firman. Jadi saya rasa peluang saya lebih besar," katanya yang ditemui Malaysian Digest baru-baru ini.

Pemuda berasal dari Tawau ini merupakan protege kepada Dayang Nurfaizah dalam program realiti Mentor Legend 2014 terbitan TV3.

Sementara itu, Azmil juga baru melancarkan single ketiganya yang berjudul Jam Lima. Lagu ciptaan Omar K dan Mike Chan itu berentak Pop. Dia kini dalam proses menyiapakn muzik video lagu tersebut dalam versi akustik. Penggambaran muzik video berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Selain itu, kata Azmil dia turut menerima tawaran berlakon namun menolak kerana merasakan bidang lakonan kurang sesuai sebaliknya dia mahu betul-betul mengukuhkan kerjaya nyanyianya terlebih duhulu.

"Ada tawaran berlakon, tapi saya tolak. Bukan tidak mahu mencuba dan mengambil peluang itu tapi saya rasa buat masa ini biarlah saya tumpukan pada nyanyia. Nama saya dalam dunia nyanyian pun masih rapuh," katanya.

Dalam pada itu beritahunya, bakal menamatkan kontraknya dengan syarikat dan pengurusan Monkey Bone dan tersebut pada Ogos depan.

"Buat masa ini sama ada saya kekal dengan Monkey Bone atau label lain, semua itu masih dalam peringkat perbincangan. Tapisekarang saya sudah ada pengurusan saya sendiri iaitu Azmil Karim Entertainment.

"Sekarang pun segala jadual kerjaya saya terutama di Sabah, sudah diuruskan oleh pengurusan saya sendiri tetapi berkaitan apa-apa keputusan atau tawaran saya masih merujuk pada pihak Monkey Bone kerana saya masih bernaung dibawah mereka. Selain itu, saya juga sentiasa mendapatkan nasihat daripada Kak Dayang," jelasnya.
Powered by Blogger.