F 'Rehat' berlakon, Nora Danish fokus perniagaan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Rehat' berlakon, Nora Danish fokus perniagaan

SELEPAS lebih sedekad berkecimpung dalam bidang seni dan membawa pelbagai watak dalam naskhah komedi, romantik, seram dan aksi, aktres cantik, Nora Danish akhirnya memilih untuk berehat seketika dalam karier seninya.

Keputusan itu dibuat kerana ini menumpukan perhatian terhadap bidang perniagaan.

"Saya ingin memberi fokus terhadap perniagaan saya, di mana dua kafe saya iaitu Kopi XOXO sudah pun mula beroperasi di Bangi dan Taman Tun Dr Ismail.

"Bagaimanapun kafe sama di Bangsar terpaksa ditutup. Ia kerana bangunan itu ditutup dan bukan kerana kafe saya bermasalah," katanya kepada Zass ketika ditemui pada majlis pelancaran butik Whitehanger, baru-baru ini.

Tidak hanya perniagaan makanan, tetapi Nora  juga akan fokus kepada perniagaan pakaian di bawah jenama Owl By ND.

" Ia sedang mendapat sambutan, jadi saya harus memberi perhatian lebih kepada perniagaan tersebut. Dalam masa yang sama, saya juga sudah berjinak-jinak dengan dunia penerbitan selepas membuka Nora Danish Production.

"Dahulu mata pencarian utama saya adalah bidang seni, tapi kini sumber pendapatan saya sudah berubah. Jadi saya memilih untuk memperlahankan karier seni bagi memberi perhatian terhadap bidang perniagaan," katanya.

Jelas Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, dia bagaimanapun masih menerima tawaran berlakon seandainya ada karakter yang dirasakan bersesuaian atau jalan cerita menarik.

"Kalau boleh saya mahu menjadikan karier seni sebagai hobi sahaja, tetapi seandainya ada tawaran menarik, saya sedia mempertimbangkannya," ujarnya.

Sementara itu, di tanya mengenai pendapat sesetengah pereka fesyen yang melihat trend selebriti muncul dengan rekaan baju jenama sendiri dan memberi persaingan sengit, Nora menganggap ia adalah rezeki masing-masing.

"Saya faham perasaan mereka  tetapi zaman kini sudah berubah dan semua orang berfikir mengenai perniagaan. Jika ada peluang, semua mahu merebut peluang itu.

"Bagi saya ia adalah rezeki masing-masing dan pereka fesyen ini sudah berada di kelas mereka tersendiri dan kalau saya jadi pereka fesyen, saya tidak akan tercabar dengan situasi itu," katanya.

Berkongsi perancangannya pada bulan Ramadan ini, Nora berkata, dia tidak akan terlibat dengan apa-apa penggambaran, namun merancang untuk membuat hamper yang memuatkan kuih raya dan tudung untuk jualan.

"Ini adalah idea kawan saya dan apa-apa yang kena mengena dengan duit, kami memang cepat (ketawa). Kami merancang untuk membuat hamper yang di dalamnya ada kuih raya dan tudung keluaran saya.

"Bagaimanapun ini masih dalam perancangan dan bergantung kepada keadaan," katanya.

Powered by Blogger.