Berita Terkini
recent

Reda Isu Kahwin Rahsia, Eli (U'Kiss) Kini Bergelar Bapa

Anggota kumpulan popular, U'Kiss, Eli, selamat menyambut kelahiran anak sulungnya, petang semalam.

Memetik laporan AllKpop, isteri penyanyi itu selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Wilayah Gyeonggi.

Ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Sementara sumber memberitahu, Eli begitu gembira saat dia diberitahu kini bergelar bapa.

Eli atau nama sebenarnya Ellison Kyong Jae Kim, 25, mencetuskan kontroversi pada Jun tahun lalu apabila akhirnya mengakui bahawa dia sebenarnya sudah berkahwin dengan seorang bekas model yang 11 tahun lebih tua daripada usianya. Eli memberitahu, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin setelah menjalinkan hubungan selama lima tahun.

Sementara itu, U'Kiss baru sahaja muncul dengan single dan muzik video terbaharu berjudul Stalker.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.