F Rasmi Bercerai, Mandy Moore & Ryan Adam Bahagi Harta Sama Rata | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rasmi Bercerai, Mandy Moore & Ryan Adam Bahagi Harta Sama Rata

Setahun selepas membuat keputusan untuk meleraikan ikatan rumah tangga mereka, akhirnya pasangan selebriti Hollywood, Mandy Moore dan Ryan Adams dilaporkan rasmi bercerai.

Memetik laporan TMZ, kedua-duanya mereka masing-masing tidak tidak menuntut atau diwajib membayar nafkah kerana sepanjang enam tahun hidup bersama, mereka tidak mempunyai cahaya mata namun Ryan dan Mandy sepakat membahagikan harta mereka sama rata.

Bagaimanapun Ryan memilik harta lebih banyak daripada Mandy, justeru dia harus membayar kepada Mandy sebanyak USD 425 ribu agar pembahagian harta tersebut seimbang.

Manakala kediaman keduanya yang terletak di Griffith Park, Beverly Hills dan kereta jenis Prius 2012 akan menjadi milik Mandy. Pun begitu, mereka bersetuju untuk membahagikan sama rata semua perabot di kediaman tersebut.

Antara aset yang diambil Ryan seperti kereta jenis Porsche Carrera 2008 dan Cadillac '59 serta koleksi buku komiknya dan mesin pinball. Dia juga memperoleh sejumlah wang dalam simpanan bank.

Sementara khabar terbaharu, bintang filem The Princess Diaries itu kini berpacaran dengan gitaris 'Dawes', Taylor Goldsmith. Manakala Ryan pula dikatakan sedang menjalin hubungan dengan model Megan Butterworth.
Powered by Blogger.