F Raja Farah Akui Lebih Sensitif, Terlebih Manja Semenjak Hamil | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Raja Farah Akui Lebih Sensitif, Terlebih Manja Semenjak Hamil

Pelakon dan pengacara mengakui sejak disahkan hamil, dirinya menjadi lebih sensitif dan semakin manja dengan suaminya, Iskandar Ismail, 33.

Menurut Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, dia sentiasa mahukan perhatian daripada suaminya hingga ada ketikanya tidak membenarkan suaminya keluar bekerja.

"Antara perubahan yang saya perasan pada diri saya semenjak mengandung ni, saya lebih sensitif dan terlebih manja dengan suami. Sentiasa nak perhatian daripada dia dan kalau boleh tak mahu berenggang sampai suami saya minta dia jangan keluar bekerja (gelak)

"Pengalaman ini adalah sesuatu yang baru bagi saya. Mungkin juga kerana baru dua bulan berkahwin, kami dikurniakan rezeki cahaya mata, jadi sesuatu yang kami sendiri tidak jangka tapi kami bersyukur,"katanya ketika ditemui pada majlis Melodi Raya, baru-baru ini.

Farah mendirikan rumah tangga dengan Iskandar pada 6 September tahun lalu. Pasangan ini dijangka menyambut kelahiran anak sulung mereka pada Ogos depan.

Tambah Farah, dia bersyukur kerana setakat ini dia tidak mengidam makanan pelik seperti mana biasa dilalui oleh kebanyakan wanita hamil.

"Dari segi pemakanan, Alhamdulillah, saya tiada pula mengidam apa-apa yang pelik. Saya amalkan juga meminum susu kambing untuk kesihatan.

"Cuma kalau dulu, saya kurang makan pedas tapi sekarang saya kuat makan makanan pedas. Pun begitu, saya cuba kawal diri sendiri kerana bimbang memudaratkan kandungan saya," katanya yang turut menyatakan akan menjalani pantang selama 60 hari selepas bersalin nanti.

Mengenai kerjaya, Farah kini masih lagi aktif bersiaran mengendalikan program Assalamualaikum yang ditayangkan di saluran TV Al-Hijrah.

'InsyaAllah saya akan mula bercuti sekitar Julai nanti," katanya.

Diajak berkongsi mengenai jantina bayinya yang bakal lahir, Raja Farah bagaimanapun agak keberatan untuk mendedahkannya.

"Saya rasa biarlah rahsia, saja nak buat kejutan pada keluarga," tuturnya sambil tersenyum.
Powered by Blogger.