F Qari Jr kembali! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Qari Jr kembali!

PROGRAM realiti keagamaan kanak-kanak Qari Jr kini kembali untuk musim kelima yang bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam, bermula 29 Mei lalu.

Program istimewa bersempena tibanya Ramadan itu adalah untuk mencari qari muda, bukan sahaja mempunyai asas kukuh dalam al-Quran tetapi mempunyai ilmu pengetahuan luas, mampu berfikir dengan matang, merenung dan memperhatikan ciptaan ALLAH SWT.

Ketika sesi uji bakat, lebih 300 peserta berumur 6 hingga 12 tahun dari seluruh negara hadir untuk menyertai program yang penuh manfaat. Ia membuktikan Qari Jr mampu menjadi platform terbaik untuk menimba ilmu.

Jika tahun lalu, Mira Filzah merupakan pengemudi acara, tahun ini Qari Jr dikendalikan bekas juara musim ketiga rancangan Akademi Al-Quran di TV9, Ustaz Mohd Fakhrul Radhi.

Keputusan Qari Jr sepenuhnya ditentukan juri profesional di mana peserta dinilai melalui hafazan, tajwid, fasohah, taranum dan kefahaman ayat.

Ustaz Nik Azizan Datuk Nik Jaafar merupakan juri tetap yang akan mengemudi pemarkahan bagi setiap minggu bersama juri jemputan. Peserta akan dibimbing Ustaz Malik Ahmad sebagai murabbi.

Program ini ditaja oleh Almas Beauty & Health bersama penaja bersama dan majalah rasmi iaitu Ana Muslim.
Powered by Blogger.