F PRK: Lapan iktibar diperoleh Pas | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

PRK: Lapan iktibar diperoleh Pas

Pas menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sambil  menyifatkan sukar untuk menundukkan BN walaupun negara terpalit dengan skandal bersifat nasional.


Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi ‎Marzuki berkata, menerusi hasil dapatan kajian mereka menyimpulkan terdapat lapan iktibar yang Pas perolehi melalui dua PRK tersebut.

‎"Isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak berkesan untuk menarik sokongan mengundi parti-parti pembangkang.

"Meskipun para pengundi rata-rata mengeluh dengan GST dan kenaikan kos hidup, ia tidak berjaya dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk terjemahkannya ke kertas undi," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Ujarnya lagi, ‎namunpun begitu Pas yang masuk kedua-dua PRK ini sebagai parti tunggal mempunyai kekuatan terasnya sendiri sehingga mendahului Pakatan Harapan di Kuala Kangsar dan tertinggal sedikit di Sungai Besar.

"Daripada peratusan undi yang Pas terima, menunjukkan kekuatan teras Pas menyumbang lebih 50 peratus kepada sokongan terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 yang lalu.

"Semenjak dari PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini dua PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali menyokong BN," katanya.

Oleh itu, ujarnya keputusan seperti ini akan memberi ancaman kepada DAP untuk berhadapan dengan PRU ke 14, di mana mereka akan kehilangan banyak di kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi.

"Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya Pas masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah," katanya.

Dalam pada itu, katanya  Keputusan ini juga menunjukkan pengaruh Tun Dr Mahathir tidak lagi signifikan di kalangan pengundi Melayu, malah semakin beliau terlibat dengan PH semakin hilang pengaruh beliau.

‎PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar hari ini menyaksikan BN berjaya mengekalkan kerusi mereka.
Powered by Blogger.