F Popular & Dibenci Sebab #KecamBella, Lipstik Merah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Popular & Dibenci Sebab #KecamBella, Lipstik Merah

Pelakon Nadya Syahera mengakui lakonannya menerusi watak antagonis sebagai Bella dalam drama popular Dia Semanis Honey memberi impak besar pada dirinya meskipun dia teruk dikecam sepanjang drama itu ditayangkan di saluran Astro Ria pada Mei lalu.

Menurut Nadya, 23, sejak drama tersebut ditayangkan dia semakin dikenali tak kurang dibenci ramai kerana karakter gayanya yang menggoda dan imejnya berlipstik merah yang sekaligus mengundang rasa meluat penonton.

"Alhamdulillah, tak sangka sekarang sudah ramai yang kenal saya lebih-lebih lagi sejak trending #kecambella. Sebenarnya saya saja buat #kecambella tu sebab nak tahu ada impak atau tidak, tak sangka keesokannya trending. Walaupun tayangan drama itu sudah tamat tapi sampai sekarang ke mana saja saya pergi, ada peminat yang masih panggil saya dengan nama Bella. Mereka cukup ingat imej saya dalam drama tu, pakai lipstik merah.

"Pada hari pertama masuk set, saya menangis kerana rasa susah untuk menghayati watak. Tapi pada hari kedua, dengan tunjuk ajar pengarah, saya dapat buat. Dan apabila trending, saya menangis juga sebab penat dan usaha saya berbaloi.

"Tak dinafikan memang gara-gara watak itu saya teruk dikecam, macam-macam lah komen negatif dilemparkan. Bukan saja di laman sosial malah jika mereka jumpa saya diluar.

"Baru-baru saya dimarahi oleh sekumpulan makcik kerana bencikan Bella. Kejadian itu berlaku ketika saya di pusat membeli belah Pavilion. Tapi saya jelaskan pada mereka yang saya hanya berlakon," tuturnya sambil menahan tertawa kerana lucu mengenangkan reaksi penonton tersebut.

Bagaimanapun Nadya berkata dia tidak mengambil hati dengan reaksi negatif tersebut sebaliknya beryukur kerana setidak-tidaknya dia berjaya menghidupkan watak berkenaan.

"Saya okay saja kalau orang nak kenal saya dengan watak jahat lagipun ia memerlukan kita bermain dengan emosi. Selama ini kebanyakan watak yang saya lakonkan adalah watak yang lebih kepada menjadi diri saya sendiri. Tapi apabila diibei peluang watak jahat, saya cuba berikan yang terbaik. Kalau orang benci atau kutuk saya, tak mengapa lah," tuturnya yang turut memberitahu pengikut di laman sosial Instagramnya kini meningkat sebanyak 70,000.

Pun begitu, akuinya sebagai seorang pelakon yang bertudung, tanggungjawab membawakan watak jahat adalah satu cabaran besar.

"Memang, sebagai seorang yang bertudung satu cabaran apabila berlakon watak jahat. Sewaktu di set penggambaran saya dan pengarah pening juga nak fikir bagaimana untuk menghidupkan watak Bella ni, tak mahu ia nampaak terlalu melebih-lebih tapi tidak juga nanti nampak dibuat-buat. Disamping itu saya kena jaga imej saya sebagai wanita bertudung.

"Dek kerana karakter itu juga, ada yang mengganggap saya telah mencemarkan imej dan memberi persepsi buruk bagi wanita bertudung. Awal-awal dulu saya sedih dengan kritikan sebegitu tapi lama-kelamaan ramai yang faham daan boleh terima bahwa itu hanya lakonan saja.

"Tapi hakikatnya jika di kehidupan realiti sebenarnya ada juga orang seperti Bella cuma mungkin kita belum jumpa atau berdepan dengan orang yang macam itu," katanya yang kini sibuk dengan penggambaran Dia Semanis Honey Raya Special yang akan ditayangkan pada hari raya Aidilfitri nanti.

Antara drama lain yang pernah dibintanginya seperti Jodoh Sebelah Pintu dan Aku Bukan Haji.

Dalam pada itu, Nadya mengakui sejak meraih populariti, dia sudah kurang berkongsi di laman sosial terutama mengenai perkara yang melibatkan hal peribadinya bagi mengelakkan timbul sebarang isu atau mengundang spekulasi negatif.

"Kalau dulu mungkin orang tidak berapa kenal saya, tapi sekarang sejak orang kenal semua perkara tentang saya jadi tumpuan. Jadi sebab itu juga saya sudah kurangkan memuat naik gambar yang terlalu peribadi. Iyalah ada orang suka, ada yang tak suka kita.

"Tapi saya ingin jelaskan gambar saya bersama lelaki yang saya muat naik di IG sya itu sebenarnya kawan rapat bukan kekasih," katanya mengulas mengenai dakwaan dia kini sedang bercinta ekoran gambar mesra bersama seorang lelaki yang dimuat naik di laman Instagramnya.
Powered by Blogger.