F 'Photograph' Dianggap Ciplak, Ed Sheeran Disaman Lebih RM80 juta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Photograph' Dianggap Ciplak, Ed Sheeran Disaman Lebih RM80 juta

Penyanyi Ed Sheeran disaman sebanyak USD 20juta (kira-kira RM80,679,000) kerana lagunya yang berjudul Photograph didakwa menciplak karya pemuzik lain.

Ed Sheeran atau nama sebenarnya Edward Christopher Sheeran, 25, dianggap telah meniru not demi not dari lagu yang pernah dicipta Martin Harrington dan Thomas Leonard berjudul Amazing. Lagu tersebut sendiri merupakan single nyanyian juara X-Factor, Matt Cardle, yang dilancarkan kira-kira enam tahun yang lalu.

Sementara Photograph dilancarkan pada tahun 2014 dan merupakan salah satu single Ed Sheeran yang meledak popular. Malah lagu tersebut dipilih menjadi runut bunyi filem yang kini sedang hangat ditayangakan, Me Before You.

Memetik laporan MailOnline, Martin Harrington, Thomas Leonard bersama HaloSongs memfailkan saman terhadap pemenang Anugerah Grammy itu bersama Johnny McDaid (angota band Snow Patrol) selaku penulis bersama lagu ini.

Leonard dan HaloSongs percaya bahwa lagu mereka benar-benar diciplak oleh Ed Sheeran. Selain itu dia dianggap mengeksploitasi dan tidak memberikan kredit padahal karya berkenaan adalah karya yang popular daripada pemuzik lain. Malah Ed Sheeran juga dikenali sebagai seorang profesional yang dianggap tahu mengenai hal hak cipta.
Powered by Blogger.