F PERKAHWINAN KEDUA, NABILA HUDA KINI LEBIH BAHAGIA | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

PERKAHWINAN KEDUA, NABILA HUDA KINI LEBIH BAHAGIA

Sebelum ini pelakon Nabila Huda menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik satu video yang cukup romantis dengan meminta suaminya, Mohd Izwan Johar untuk mencium pipinya bersempena dengan hari ulang tahun perkenalan mereka berdua.

Justeru ruang komen dibanjiri dengan ucapan dan doa buat pasangan ini. Menerusi satu siaran artikel Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil, berkata, kehidupannya kini lebih bahagia dan banyak menghabiskan masanya di rumah sebagai seorang isteri.

Tambah Abil, setelah hampir 16 tahun berkecimpung dalam dunia seni hiburan, kini sudah tiba masanya untuk dia mengambil keputusan untuk berehat panjang. Malah, jelas Abil lagi, dia juga merancang untuk pergi berbulan madu di luar negara seperti di Afrika.

Alhamdulillah, jika anda ada mengikuti perkembangan Abil di laman sosialnya, ternyata dan jelas menunjukkan Abil benar-benar bahagia. MH Online dan seluruh warga Media Hiburan doakan semoga jodoh Abil dan suami kekal hingga ke jannah. Amin.
Powered by Blogger.