F Penyanyi Terbaik Malaysia Antara 5 Kategori Baru AIM22 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Penyanyi Terbaik Malaysia Antara 5 Kategori Baru AIM22

Selepas setahun ditunda, acara pengiktirafan berprestij tanah air, Anugerah Industri Muzik edisi ke-22 (AIM22) kini kembali. Lebih menarik, penganjuran tahun ini mempertandingkan sebanyak 24 kategori anugerah termasuk lima kategori baharu.

Lima kategori tersebut ialah Lagu Muat Turun Paling Tinggi, Lagu Strim Paling Tinggi, Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di YouTube, Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi dan Penyanyi Malaysia Terbaik.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 22, Rosmin Hashim, penambahan empat kategori baharu ini berasaskan jualan sekaligus mengiktiraf syarikat-syarikat rakaman yang secara tidak langsung telah memberi sumbangan besar pada muzik tempatan. ,

Manakala sebuah kategori iaitu Penyanyi Malaysia Terbaik dibuka kepada juri awam.

"Daripada lima kategori baharu yang diperkenalkan, empat daripadanya ialah baagi mengiktiraf sumbangan besar syarikat rakaman yang menghidupkan industri muzik tempatan.

"Selain itu, satu kategori pilihan ramai diwujudkan iaitu kategori Penyanyi Malaysia Terbaik di mana orang ramai diberi peluang menjadi juri awam," katanya pada majlis sidang media AIM22, bertempat di hotel Park Royal Kuala Lumpur, pada Rabu.

Tambah Rosmin, penyanyi yang tersenarai dalam lima pencalonan terbaik untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki & Wanita) secara automatik layak bertanding kategori Penyanyi Malaysia Terbaik.

Sementara itu, kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang dipersembahkan oleh Artis Luar Negara digugurkan tahun ini bagi memberi tumpuan kepada pengiktirafan artis-artis tempatan.

Pencalonan untuk lagu atau album Bahasa Malaysia dan Inggeris dibuka bagi lagu yang diterbitkan di Malaysia dari 1 Julai 2014 hingga 30 Jun 2016. Tempoh pencalonan dibuka bermula pada 29 Jun sehingga 29 Julai 2016.

Sistem penghakiman akan dibarisi pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan diketuai oleh seorang ketua juri berpengalaman.

Penganjuran AIM kali ini mendapat penajaan daripada jenama produk kecantikan SweedSkin yang menaja sebanyak RM1.5 juta.
Powered by Blogger.